Monday, March 7, 2011

Contoh surat kebenaran membuat R&D

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh :

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Projek Khas Tingkatan Enam Ambilan 2010/2011.

Merujuk kepada perkara diatas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa
_____________________________________________ No. K/P :………………………………………… adalah seorang pelajar Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Serian. Beliau dikehendaki membuat kajian/penyelidikan bagi memenuhi sebahagian syarat keperluan pensijilan STPM, Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Sehubungan itu sukacita saya sekiranya Y. bhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan dapat memberikan kebenaran dan kerjasama kepada pelajar berkenaan untuk menjalankan projek / kajian di tempat tuan /puan.

3. Segala pertimbangan dan kerjasama daripada Y.Bhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,



(HAJI RAMBLI BIN ZAINUDIN)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Serian.

s.k : Pegawai Pendidikan Daerah Serian.

No comments:

Post a Comment