Wednesday, March 9, 2011

Minit Curai 2, 2011

Minit Curai Kedua Perjumpaan Kumpulan Penyelidikan Tingkatan 6
------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada: Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
Daripada: Pn. Asiyah Binti Hasan (Penyelia R&D)
Salinan kepada: Ahli kumpulan R&D.
Perkara: Perbincangan tajuk R&D.
Tarikh: 27 Januari 2011 (khamis)
Masa: 1.30 – 3.00 petang
Tempat: Bilik Guru
Rujukan fail: SMKS/R&D Asiyah/02/2011
Kehadiran:
1. Noorfazharina bt Mos
2. Siti Mashira Raili
3. Nur Qaizrunnisa Uzma
4. Siti Nadia Nurzafarahin Ramlee
5. Norlizawati Sabi
-------------------------------------------------------------------------------------------
1. Latar belakang mesyuarat
1.1 Mesyuarat diadakan oleh saya selaku penyelia R&D.
1.2 Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah untuk:
1.2.1 Mendedahkan pelajar kepada tajuk R&D.
1.2.2 Menerangkan format asas penyelidikan dan penulisan ilmiah Prauniversiti
1.2.3 Menjelaskan bahawa pelajar perlu membuat tugasan secara berkumpulan tetapi
hasil tulisan hendaklah diserah secara individu.
1.2.4 Hasil tugasan meliputi 15 – 20 halaman, font aerial atau times new roman size
12 langkau jarak 2 baris
1.2.5 Semua bahan berkaitan folio/tugasan ini hendaklah disimpan dalam satu fail dan
draf hendaklah ditunjukkan kepada penyelia semasa setiap kali perjumpaan untuk
disemak dan dibuat penambahbaikan.
1.2.6 Penyelia berpesan, demi keselamatan penyelidik, semasa melakukan kerja
lapangan, sila buat secara berkumpulan. Elakkan daripada melakukannya
bersendirian, pada waktu senja atau malam atau di tempat yang sunyi.
1.2.7 Melantik ketua kumpulan iaitu Noorfazharina bt Mos


2. Maklum balas / Hasil / Tindakan-tindakan yang telah diambil:
2.1 Bersetuju dengan perkara yang dibincangkan
2.2 Perjumpaan seterusnya akan dimaklumkan kemudian untuk membincangkan
tajuk lebih terperinci.
2.3 Setiap pelajar menyerahkan alamat emel kepada guru bagi memudahkan
komunikasi dan penyampaian maklumat.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,


ASIYAH BINTI HASAN

No comments:

Post a Comment