Thursday, March 24, 2011

Minit Curai 6, 2011

Minit Curai Ke-6 Perjumpaan Kumpulan Penyelidikan Tingkatan 6
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada: Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
Daripada: Pn. Asiyah Binti Hasan (Penyelia R&D)
Salinan kepada: Ahli kumpulan R&D.
Perkara: Perbincangan soalan R&D.
Tarikh: 24 Mac 2011 (Khamis)
Masa: 2.00-3.00 petang
Tempat: Bilik Guru
Rujukan fail: SMKS/R&D Asiyah/06/2011
Kehadiran:
1. Noorfazharina bt Mos
2. Siti Mashira Raili
3. Nur Qaizrunnisa Uzma
4. Siti Nadia Nurzafarahin Ramlee
5. Norlizawati Sabi
---------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Latar belakang mesyuarat
1.1 Mesyuarat di adakan oleh saya selaku penyelia R&D.
1.2 Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah untuk:
1.2.1 Memastikan semua soalan soal-selidik telah lengkap diisi oleh responden
1.2.2 Membincangkan cara mengumpulkan data berkaitan soalan soal selidik .

2. Maklum balas / Hasil / Tindakan-tindakan yang telah diambil:
2.1 Semua soalan telah lengkap diisi.Pelajar akan mengumpulkan data berkaitan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,



ASIYAH BINTI HASAN

Minit Curai 5,2011

Minit Curai Ke-5 Perjumpaan Kumpulan Penyelidikan Tingkatan 6
------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada: Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
Daripada: Pn. Asiyah Binti Hasan (Penyelia R&D)
Salinan kepada: Ahli kumpulan R&D.
Perkara: Perbincangan soalan R&D.
Tarikh: 10 Mac 2011 (Khamis)
Masa: 9.45-10.00 pagi
Tempat: Bilik Guru
Rujukan fail: SMKS/R&D Asiyah/05/2011
Kehadiran:
1. Noorfazharina bt Mos
2. Siti Mashira Raili
3. Nur Qaizrunnisa Uzma
4. Siti Nadia Nurzafarahin Ramlee
5. Norlizawati Sabi
------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Latar belakang mesyuarat
1.1 Mesyuarat di adakan oleh saya selaku penyelia R&D.
1.2 Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah untuk:
1.2.1 Memastikan pelajar telah siap fotokopi soalan berkaitan.
1.2.2 Semua soalan yang disediakan oleh pelajar akan diedarkan semasa musim cuti sekolah pada minggu seterusnya.

2. Maklum balas / Hasil / Tindakan-tindakan yang telah diambil:
2.1 Soalan yang disediakan oleh pelajar telah difotokopi dan sedia untuk diedarkan kepada responden .

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi

Disediakan oleh,



ASIYAH BINTI HASAN

Wednesday, March 9, 2011

Minit Curai 4,2011

Minit Curai Ke-4 Perjumpaan Kumpulan Penyelidikan Tingkatan 6
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada: Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
Daripada: Pn. Asiyah Binti Hasan (Penyelia R&D)
Salinan kepada: Ahli kumpulan R&D.
Perkara: Perbincangan soalan R&D.
Tarikh: 17 Februari 2011 (Khamis)
Masa: 1.30 – 3.00 petang
Tempat: Bilik Guru
Rujukan fail: SMKS/R&D Asiyah/04/2011
Kehadiran:
1. Noorfazharina bt Mos
2. Siti Mashira Raili
3. Nur Qaizrunnisa Uzma
4. Siti Nadia Nurzafarahin Ramlee
5. Norlizawati Sabi
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Latar belakang mesyuarat
1.1 Mesyuarat diadakan oleh saya selaku penyelia R&D.
1.2 Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah untuk:
1.2.1 Membincangkan soalan R&D yang disediakan oleh pelajar.
1.2.2 Semua soalan yang disediakan oleh pelajar dimurnikan dan dibuat
penambahbaikan.

2. Maklum balas / Hasil / Tindakan-tindakan yang telah diambil:
2.1 Soalan yang disediakan oleh pelajar telah lengkap.
2.2 Pelajar diminta menaip soalan berkenaan dan membuat fotokopi sebanyak 100 salinan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,



ASIYAH BINTI HASAN

Minit Curai 3, 2011

Minit Curai Ketiga Perjumpaan Kumpulan Penyelidikan Tingkatan 6
-----------------------------------------------------------------------------------
Kepada: Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
Daripada: Pn. Asiyah Binti Hasan (Penyelia R&D)
Salinan kepada: Ahli kumpulan R&D.
Perkara: Perbincangan soalan R&D.
Tarikh: 10 Februari 2011 (khamis)
Masa: 1.30 – 3.00 petang
Tempat: Bilik Guru
Rujukan fail: SMKS/R&D Asiyah/03/2011
Kehadiran:
1. Noorfazharina bt Mos
2. Siti Mashira Raili
3. Nur Qaizrunnisa Uzma
4. Siti Nadia Nurzafarahin Ramlee
5. Norlizawati Sabi
--------------------------------------------------------------------------------------------
1. Latar belakang mesyuarat
1.1 Mesyuarat diadakan oleh saya selaku penyelia R&D.
1.2 Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah untuk:
1.2.1 Mendedahkan pelajar kepada pembinaan soalan R&D.
1.2.2 Menerangkan contoh format soalan
1.2.3 Membincangkan soalan yang sesuai.
1.2.4 Mengagihkankan tugas mencari bahan/

2. Maklum balas / Hasil / Tindakan-tindakan yang telah diambil:
2.1 Bersetuju dengan perkara yang dibincangkan
2.2 Perjumpaan seterusnya akan dimaklumkan kemudian untuk membincangkan
soalan R&D dengan lebih terperinci.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,



ASIYAH BINTI HASAN

Minit Curai 2, 2011

Minit Curai Kedua Perjumpaan Kumpulan Penyelidikan Tingkatan 6
------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada: Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
Daripada: Pn. Asiyah Binti Hasan (Penyelia R&D)
Salinan kepada: Ahli kumpulan R&D.
Perkara: Perbincangan tajuk R&D.
Tarikh: 27 Januari 2011 (khamis)
Masa: 1.30 – 3.00 petang
Tempat: Bilik Guru
Rujukan fail: SMKS/R&D Asiyah/02/2011
Kehadiran:
1. Noorfazharina bt Mos
2. Siti Mashira Raili
3. Nur Qaizrunnisa Uzma
4. Siti Nadia Nurzafarahin Ramlee
5. Norlizawati Sabi
-------------------------------------------------------------------------------------------
1. Latar belakang mesyuarat
1.1 Mesyuarat diadakan oleh saya selaku penyelia R&D.
1.2 Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah untuk:
1.2.1 Mendedahkan pelajar kepada tajuk R&D.
1.2.2 Menerangkan format asas penyelidikan dan penulisan ilmiah Prauniversiti
1.2.3 Menjelaskan bahawa pelajar perlu membuat tugasan secara berkumpulan tetapi
hasil tulisan hendaklah diserah secara individu.
1.2.4 Hasil tugasan meliputi 15 – 20 halaman, font aerial atau times new roman size
12 langkau jarak 2 baris
1.2.5 Semua bahan berkaitan folio/tugasan ini hendaklah disimpan dalam satu fail dan
draf hendaklah ditunjukkan kepada penyelia semasa setiap kali perjumpaan untuk
disemak dan dibuat penambahbaikan.
1.2.6 Penyelia berpesan, demi keselamatan penyelidik, semasa melakukan kerja
lapangan, sila buat secara berkumpulan. Elakkan daripada melakukannya
bersendirian, pada waktu senja atau malam atau di tempat yang sunyi.
1.2.7 Melantik ketua kumpulan iaitu Noorfazharina bt Mos


2. Maklum balas / Hasil / Tindakan-tindakan yang telah diambil:
2.1 Bersetuju dengan perkara yang dibincangkan
2.2 Perjumpaan seterusnya akan dimaklumkan kemudian untuk membincangkan
tajuk lebih terperinci.
2.3 Setiap pelajar menyerahkan alamat emel kepada guru bagi memudahkan
komunikasi dan penyampaian maklumat.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,


ASIYAH BINTI HASAN

Minit Curai 1, 2011

Minit Curai Pertama Perjumpaan Kumpulan Penyelidikan Tingkatan 6
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada: Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
Daripada: Pn. Asiyah Binti Hasan (Penyelia R&D)
Salinan kepada: Ahli kumpulan R&D.
Perkara: Pendaftaran tajuk R&D.
Tarikh: 13 Januari 2011 (khamis)
Masa: 1.30 – 3.00 petang
Tempat: Bilik Guru
Rujukan fail: SMKS/R&D Asiyah/01/2011
Kehadiran:
1. Noorfazharina bt Mos
2. Siti Mashira Raili
3 Nur Qaizrunnisa Uzma
4. Siti Nadia Nurzafarahin Ramlee

Tidak hadir(bersebab):
1. Norlizawati Sabi

-----------------------------------------------------------------------------------------------
1. Latar belakang mesyuarat
1.1. Mesyuarat diadakan oleh Pn.Asiyah Hasan selaku penyelaras R&D dan dihadiri oleh
ahli kumpulan.
1.2. Tujuan utama meyuarat diadakan adalah untuk:
1.2.1. Mendedahkan pelajar kepada tajuk R&D.
1.2.2. Membuat pemilihan tajuk iaitu Pencemaran sungai di kampung Gedong.
1.2.3. Melihat contoh folio oleh pelajar tahun lepas.

2. Maklum balas / Hasil / Tindakan-tindakan yang telah diambil:
2.1. Semua pelajar telah didaftarkan sebagai ahli.
2.2. Perjumpaan seterusnya akan dimaklumkan kemudian untuk membincangkan tajuk lebih
terperinci


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,


ASIYAH BINTI HASAN

Monday, March 7, 2011

Markah Pelajar

MAKLUMAN:

Segala markah dan rekod berkaitan peperiksaan, semakan nota dan sebagainya adalah dianggap sulit dan mungkin menjejaskan imej sesetengah pelajar. Justeru,rekod berkenaan hanya disimpan dalam fail offline untuk rujukan pihak berkenaan sahaja. Terima kasih.

Kaedah Penulisan Ilmiah (Nota kaki dan Bibliografi)

KAEDAH PENULISAN ILMIAH


6.0 Pengenalan

Penulisan ilmiah merujuk penulisan yang berlandaskan metodologi keilmuan atau metodologi saintifik. Metodologi saintifik ialah pendekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui bebarapa langkah seperti perumusan masalah, pembentukan hipotesis, deduksi hipotesis dan pengujian kebenaran.
Bahasa penulisan ilmiah, biasanya memilih kata, istilah, ungkapan dan ayat yang maknanya bersifat denotasi, iaitu tepat dan jelas supaya tidak disalahertikan dengan makna-makna lain. Dengan demikian karangan ilmiah harus bersifat objektif, jujur dan tepat.



6.1 Jenis-jenis Penulisan Ilmiah

Jenis-jenis penulisan ilmiah yang utama ialah esei ilmiah, kertas kerja, laporan kajian, tesis dan disertasi.


6.1.1 Esei ilmiah merujuk karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau
permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan. Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif.


6.1.2 Kertas kerja ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta
atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengikel dan sebagainya.


6.1.3 Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang
menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan.


6.1.4 Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. Tesis
mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda Kepujian dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel viva-vocĂȘ.


6.1.5 Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki
pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D). Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-vocĂȘ.



6.2 Ciri-ciri Khusus Penulisan Ilmiah

Terdapat beberapa ciri khusus dalm penulisan ilmiah yang perlu diberi perhatian:

1. Catatan Pustaka
2. Catatan Kaki dan Catatan Kaki Singkat
3. Petikan Langsung dan Tak Langsung
4. Bibliografi / Rujukan / Daftar Pustaka


6.2.1 Catatan Pustaka

Dalam penulisan ilmiah, sumber maklumat yang digunakan atau dirujuk perlulah dinyatakan. Catatan tentang sumber maklumat seperti buku, majalah, jurnal atau surat khabar disebut catatan pustaka. Teknik catatatn pustaka yang lazimnya digunakan adalah seperti berikut:
Jika nama pengarang dimasukkan bersama teks, karangan yang diisi di dalamnya tahun penerbitan dan muka surat dan perlu ditempatkan selepas nama pengarang tersebut. Tanda titik bertindih (:), dimasukkan di antara angka tahun terbitan dengan angka muka surat. Contoh:

Menurut Mohd. Nor Daud (1997 : 63), ayat yang berkesan ialah satu bentuk ayat yang disokong oleh kepelbagaian dalam struktur ayat.

atau

Hassan Ahmad (2000), juga sependapat dengan....

atau
Mengikut pandangan Saville – Troike (1986 : 52-63), peristiwa
komunikasi....

Jika dalam teks nama pengarang tidak disebut, catatan nama pengarang, tahun penerbitan dan muka surat dimasukkan di dalam kurungan dan diletakkan di hujung teks sebelum noktah. Tanda koma (,) diletakkan di antara nama pengarang dengan tahun terbit. Contoh:

Secara amnya peribahasa ialah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran.
(Keris Mas, 1988 : 136)


6.2.2 Catatan Kaki

Catatan kaki ialah catatan-catatan kecil yang berfungsi memberikan keterangan tambahan terhadap teks yang ditulis. Catatan kaki ditempatkan pada bahagian bawah halaman dan dipisahkan daripada teks dengan garis panjang. Penomboran yang berurutan diberikan kepada setiap catatan kaki. Contoh:

.....kajian etimologi1 tidak dapat dipisahkan daripada kajian linguistik...
________________________________________________
1. Etimologi ialah kajian tentang kata serta perubahan bentuk dan makna.
6.2.3 Catatan Kaki Singkat

Catatan kaki singkat merupakan satu lagi kaedah menunjukkan sumber rujukan selain kaedah catatan pustaka.

ibid. (singkatan daripada ibidum, ertinya sama dengan yang di atas).
Digunakan untuk catatan kaki yang sumbernya sama dengan catatan kaki yang telah disenaraikan di atasnya.

op.cit (singkatan daripada opere citati, ertinya dalam buku / karya
yang telah dipetik), digunakan untuk catatan kaki daripada sumber yang telah dinyatakan, tetapi telah disisip catatan kaki lain daripada sumber lain.

loc.cit (singkatan daripada loco citati, ertinya tmpat yang telah dipetik)
seperti op.cit, tetapi dipetik daripada perenggan yang lain.

Perhatikan contoh catatan kaki singkat yang menunjukkan sumber rujukan dan ditempatkan pada bahagian bawah halaman serta dipisahkan daripadaa teks degan garisan panjang seperti yang berikut:

1. John Dewey, 1974. How We Think. Chicago. Henry Regnery Company. hal : 75

2. Shaykh Hakim Moinuddin Chisti, 1985. The Book of Sufi Healing. New York. Inner Traditions International Ltd. hal : 25

3. Ibid, hal. 45

4. John Dewey, op.cit., hal 89.

5. John Dwey, loc.cit.

Penggunaan catatan untuk menunjukkan sumber rujukan mestilah
selaras dalam keseluruhan penulisan. Jika kaedah catatan pustaka yang dipilih, maka keseluruhan penulisan haruslah menggunakan kaedah ini. Sebaliknya jika kaedah catatan kaki singkat digunakan, maka keseluruhan penulisan mestilah mengekalkan penggunaan kaedah ini dengan konsisten.


6.3 Petikan Tak Langsung

Petikan tak langsung merupakan pengungkapan kembali pendapat, gagasan pokok, ringksan atau kesimpulan daripada sebuah tulisan dengan gaya penulis sendiri. Teknik menyatakan sumber informasi dalam petikan tak langsung adalah sama seperti teknik catatan pustaka.



6.4 Petikan Langsung

Petikan langsung pula ditulis dalam susunan ayat asalnya tanpa sebarang perubahan dan diberi tempat tersendiri, terpisah daripada teks. Petikan langsung kadang-kadang diperlukan untuk mempertahankan keaslian penyataan yang dipetik, menunjangi hujah atau memberi maklumat tambahan.
Petikan langsung diberi tanda petik (“ “) padanya dan diikuti oleh catatan pustaka. Biasanya petikan langsung ditulis rapat (satu spasi) ataupun dikecilkan saiz hurufnya seperti contoh yang berikut:

“segala sesuatu cakap yang pendek yang melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan besar tujuannya dipakainya sebagai sebutan-esbutan orang sebagai bandingan teladan dan pengajaran”.
(Za’ba, 1965 : 165)

Sementara Clifford dan Swettenham menyatakan hasil pemrhatian mereka iaitu:

“.......peribahasa merupakan bahasa diplomatik, amat sesuai untuk mengelakkan diri daripada terlalu berterus-terang”.
(Brown, 1951 : X)



6.5 Bibliografi

Menulis bibliografi atau daftar pustaka bermaksud menyenaraikan semua sumber rujukan dan bacaan sama ada yang telah diterbitkan seperti buku, jurnal dan majalah ataupun yang belum terbit seperti kertas kerja, tesis dan disertasi. Biblografi dapat membantu pembaca mengetahui sumber-sumber yang digunakan dalam sesuatu kerja ilmiah. Ada beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam penyusunan bibliografi:

1. Bibliografi tidak diberi nombor
2. Urutan nama penulis mengikut urutan huruf
3. Gelaran penulis tidak dimasukkan
4. Bibliografi diletakkan pada bahagian terakhir tulisan
5. Nama pengarang Melayu, Cina dan India ditulis penuh dalam susunan asal tetapi pengarang Barat, hanya nama keluarga sahaja yang ditulis.

Urutan unsur-unsur yang ditulis dalam bibliografi ialah:

 Nama penulis
 Tahun penerbitan
 Judul – digaris atau dicetak miring
 Tempat penerbitan
 Nama penerbit

Perhatikan contoh-contoh bibliografi di bawah ini.

Bibliografi

Abdullah Hassan, 1984. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia.
Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Campbell. W.G., 1976. Form And Style In Thesis Writing. Boston.
Houghton Mifflis Company.

Mohd. Senu Awang, 1994. Khutbah Jumaat : Satu Analisis Laras. Kuala
Lumpur. Penerbitan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Nik Safiah karim, et. All. 1993. Tatabahasa Dewan, jilid 1 dan 2. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Soosai Ganesh, 1981. Kamus Ungkapan Lengkap. Kuala Lumpur.
Penerbitan Geetha.

Tan Ching Kwang, 1985. Malay Proverbs. Kuala Lumpur. Graham Brash.
Teo Kok Seong, 1997. Linguistik Antropologi: Satu Pengenalan Teoritis,
dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 41 : 3 Mac, hlm. 243-251.

Razak A. Majid, 2002. Bahasa untuk Masyarakat Madani, dlm. Berita
Harian. September, hlm 12.

http://www.dbp.gov.my/

http://www.bharian.com.my

http://ww.utusan.com.my/majalah/massa



Kamus

Kamus Dewan, 1999. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Contoh surat kebenaran membuat R&D

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh :

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Projek Khas Tingkatan Enam Ambilan 2010/2011.

Merujuk kepada perkara diatas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa
_____________________________________________ No. K/P :………………………………………… adalah seorang pelajar Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Serian. Beliau dikehendaki membuat kajian/penyelidikan bagi memenuhi sebahagian syarat keperluan pensijilan STPM, Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Sehubungan itu sukacita saya sekiranya Y. bhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan dapat memberikan kebenaran dan kerjasama kepada pelajar berkenaan untuk menjalankan projek / kajian di tempat tuan /puan.

3. Segala pertimbangan dan kerjasama daripada Y.Bhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,



(HAJI RAMBLI BIN ZAINUDIN)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Serian.

s.k : Pegawai Pendidikan Daerah Serian.

Taklimat Unit Ko-Kurikulum

MESYUARAT GURU-GURU TINGKATAN ENAM 1 / 2011

Tarikh: 05 Jan. 2011

Masa: 2.30 petang

Tempat: Bilik Akses

Kehadiran: Semua guru yang mengajar Tingk. 6

Perkara: Taklimat Bahagian Unit Kokurikulum Tingkatan Enam Oleh Guru

Kokurikulum Tingk. 6.

Agenda:
1. Pakej Kegiatan KK. Tingk. 6

2. Agihan guru penasihat & sasaran bilangan keahlian

3. Jadual perjumpaan & tempat perjumpaan

4. Timbal balas hasil penilaian KK. Tingk. 6 Atas 2010

5. Timbal balas hasil penilaian KK. Tingk. 6 Rendah 2010

6. Sasaran Unit KK. Tingk. 6 pada tahun 2011


1. Pakej Kegiatan KK. Tingk. 6 (rujuk edaran)

a. Kelab / Persatuan yang disenaraikan sebagai Kelab Sumbangan / Perkhidmatan – tidak diberi markah kk tetapi diberi markah bonus sebanyak 10 maksimum mengikut jawatan yang disandang dan bilangan kelab sumbangan / perkhidmatan yang disertai.

b. PERTINAM, Lembaga Pengawas, PRS, PROSTAR, Perpustakawanan, Koperasi.

2. Agihan guru penasihat & sasaran bilangan keahlian (rujuk edaran)

a. Sebaik-baiknya jangan menerima jumlah ahli yang melebihi had bilangan keahlian yang ditetapkan .

3. Jadual perjumpaan & tempat perjumpaan (rujuk edaran)

a. Elakkan daripada mengadakan perjumpaan pada hari gantian yang bercanggah dengan kegiatan KK dalam pakej Ting. 6. Penggunaan tempat perjumpaan boleh dibincang sesama guru penasihat.

4. Timbal balas hasil penilaian KK. Tingk. 6 Atas 2010

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian agar kesilapan ini tidak berulang:

a. Pelajar yang telah mendaftar untuk peperiksaan STPM tetapi berhenti sekolah selepas tempoh pendaftaran TIDAK BOLEH digugurkan dari senarai nama penilaian KK.

b. Pemberian markah “ahli aktif = 4” perlu diselaraskan. Mulai tahun 2011, pemberian markah 4 untuk ahli aktif hanya untuk pelajar yang hadir 6/12 kali (untuk Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan), 9/18 kali (untuk Badan Beruniform), bermakna jumlah skor bagi bahagian kehadiran ialah sekurang-kurangnya 25/50.

c. Bagi pelajar yang telah membuat pendaftaran kepada kegiatan KK berkenaan tetapi kehadiran tidak memuaskan, pelajar itu akan diberi markah “ahli tidak aktif = 1” .

d. Markah penglibatan – hanya ambil SATU sahaja markah peringkat tertinggi aktiviti yang disertai / bertanding.

e. Markah pencapaian - hanya ambil SATU sahaja markah kejayaan peringkat tertinggi aktiviti yang dipertandingkan.

f. Bilangan perjumpaan = markah Kehadiran – perlu diselaraskan untuk semua KK.

5. Timbal balas hasil penilaian KK. Tingk. 6 Atas 2010

a.Kesukaran menyediakan markah akhir sebab terdapat guru penasihat yang tidak menghantar laporan markah kk ahli masing- masing.

b.Guru penasihat tidak menghantar laporan terkini tentang kehadiran dan aktiviti kepada Guru KK - maka markah akhir kk pelajar berdasarkan laporan setakat apa yang telah diterima oleh Guru KK.

c.Guru tingkatan 6R 2010 perlu menyimpan Borang Maklumat Kokurikulum & Sumbangan Pelajar 2010 agar Markah KK pelajar semasa Tingkatan 4 dan 5 dapat dilengkapkan dalam borang penilaian KK 10% pada hujung tahun 2011. Bagi pelajar yang belum menyerahkan maklumat penilaian KK semasa Tingkatan 4 dan 5, guru tingkatan haruslah menggesakan pelajar berkenaan untuk menyerahkannya secepat mungkin.

d.Bagi 6R 2010, terdapat 11 orang pelajar yang tidak mendaftar apa-apa kk (markah kk 2010 = 0); 17 pelajar yang hanya mendaftar 1 bidang kk sahaja .

6. Sasaran Unit KK. Tingk. 6 pada tahun 2011

a.Pelajar digalakkan menyertai ketiga-tiga bidang KK.

b.Markah Penilaian KK akan diselaraskan oleh Guru KK. Maka semua guru penasihat perlulah:

i. menghantar laporan bulanan yang lebih lengkap dari setiap kegiatan KK (laporan kehadiran, penglibatan & penyertaan ke pertandingan, ringkasan laporan aktiviti perjumpaan & struktur oganisasi (barisan AJK). Penghantaran dilakukan melalui email.

ii. mematuhi tempoh masa penghantaran laporan yang ditetapkan.

iii.menggunakan format laopran yang telah ditetapkan (rujuk lampiran)

iv. menyediakan laporan dengan lebih telus.

v. mengelakkan daripada budaya “menjual-beli” markah kk.

c. Setiap kk perlu menyediakan maklumat kk dalam bentuk ‘hard copy’ (file).

d. Bilangan kehadiran mengikut arahan pihak KPM iaitu minimum 18 kali perjumpaan bagi badan beruniform, 12 kali perjumpaan bagi kelab/persatuan & sukan/permainan.