Monday, March 7, 2011

Taklimat Unit Ko-Kurikulum

MESYUARAT GURU-GURU TINGKATAN ENAM 1 / 2011

Tarikh: 05 Jan. 2011

Masa: 2.30 petang

Tempat: Bilik Akses

Kehadiran: Semua guru yang mengajar Tingk. 6

Perkara: Taklimat Bahagian Unit Kokurikulum Tingkatan Enam Oleh Guru

Kokurikulum Tingk. 6.

Agenda:
1. Pakej Kegiatan KK. Tingk. 6

2. Agihan guru penasihat & sasaran bilangan keahlian

3. Jadual perjumpaan & tempat perjumpaan

4. Timbal balas hasil penilaian KK. Tingk. 6 Atas 2010

5. Timbal balas hasil penilaian KK. Tingk. 6 Rendah 2010

6. Sasaran Unit KK. Tingk. 6 pada tahun 2011


1. Pakej Kegiatan KK. Tingk. 6 (rujuk edaran)

a. Kelab / Persatuan yang disenaraikan sebagai Kelab Sumbangan / Perkhidmatan – tidak diberi markah kk tetapi diberi markah bonus sebanyak 10 maksimum mengikut jawatan yang disandang dan bilangan kelab sumbangan / perkhidmatan yang disertai.

b. PERTINAM, Lembaga Pengawas, PRS, PROSTAR, Perpustakawanan, Koperasi.

2. Agihan guru penasihat & sasaran bilangan keahlian (rujuk edaran)

a. Sebaik-baiknya jangan menerima jumlah ahli yang melebihi had bilangan keahlian yang ditetapkan .

3. Jadual perjumpaan & tempat perjumpaan (rujuk edaran)

a. Elakkan daripada mengadakan perjumpaan pada hari gantian yang bercanggah dengan kegiatan KK dalam pakej Ting. 6. Penggunaan tempat perjumpaan boleh dibincang sesama guru penasihat.

4. Timbal balas hasil penilaian KK. Tingk. 6 Atas 2010

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian agar kesilapan ini tidak berulang:

a. Pelajar yang telah mendaftar untuk peperiksaan STPM tetapi berhenti sekolah selepas tempoh pendaftaran TIDAK BOLEH digugurkan dari senarai nama penilaian KK.

b. Pemberian markah “ahli aktif = 4” perlu diselaraskan. Mulai tahun 2011, pemberian markah 4 untuk ahli aktif hanya untuk pelajar yang hadir 6/12 kali (untuk Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan), 9/18 kali (untuk Badan Beruniform), bermakna jumlah skor bagi bahagian kehadiran ialah sekurang-kurangnya 25/50.

c. Bagi pelajar yang telah membuat pendaftaran kepada kegiatan KK berkenaan tetapi kehadiran tidak memuaskan, pelajar itu akan diberi markah “ahli tidak aktif = 1” .

d. Markah penglibatan – hanya ambil SATU sahaja markah peringkat tertinggi aktiviti yang disertai / bertanding.

e. Markah pencapaian - hanya ambil SATU sahaja markah kejayaan peringkat tertinggi aktiviti yang dipertandingkan.

f. Bilangan perjumpaan = markah Kehadiran – perlu diselaraskan untuk semua KK.

5. Timbal balas hasil penilaian KK. Tingk. 6 Atas 2010

a.Kesukaran menyediakan markah akhir sebab terdapat guru penasihat yang tidak menghantar laporan markah kk ahli masing- masing.

b.Guru penasihat tidak menghantar laporan terkini tentang kehadiran dan aktiviti kepada Guru KK - maka markah akhir kk pelajar berdasarkan laporan setakat apa yang telah diterima oleh Guru KK.

c.Guru tingkatan 6R 2010 perlu menyimpan Borang Maklumat Kokurikulum & Sumbangan Pelajar 2010 agar Markah KK pelajar semasa Tingkatan 4 dan 5 dapat dilengkapkan dalam borang penilaian KK 10% pada hujung tahun 2011. Bagi pelajar yang belum menyerahkan maklumat penilaian KK semasa Tingkatan 4 dan 5, guru tingkatan haruslah menggesakan pelajar berkenaan untuk menyerahkannya secepat mungkin.

d.Bagi 6R 2010, terdapat 11 orang pelajar yang tidak mendaftar apa-apa kk (markah kk 2010 = 0); 17 pelajar yang hanya mendaftar 1 bidang kk sahaja .

6. Sasaran Unit KK. Tingk. 6 pada tahun 2011

a.Pelajar digalakkan menyertai ketiga-tiga bidang KK.

b.Markah Penilaian KK akan diselaraskan oleh Guru KK. Maka semua guru penasihat perlulah:

i. menghantar laporan bulanan yang lebih lengkap dari setiap kegiatan KK (laporan kehadiran, penglibatan & penyertaan ke pertandingan, ringkasan laporan aktiviti perjumpaan & struktur oganisasi (barisan AJK). Penghantaran dilakukan melalui email.

ii. mematuhi tempoh masa penghantaran laporan yang ditetapkan.

iii.menggunakan format laopran yang telah ditetapkan (rujuk lampiran)

iv. menyediakan laporan dengan lebih telus.

v. mengelakkan daripada budaya “menjual-beli” markah kk.

c. Setiap kk perlu menyediakan maklumat kk dalam bentuk ‘hard copy’ (file).

d. Bilangan kehadiran mengikut arahan pihak KPM iaitu minimum 18 kali perjumpaan bagi badan beruniform, 12 kali perjumpaan bagi kelab/persatuan & sukan/permainan.

No comments:

Post a Comment